Thursday, February 4, 2010

Flymas.mobi - as easy as drinking a cup of coffee

Baru-baru ini, MAS telah melancarkan perkhidmatan penerbangannya melalui aplikasi telefon bimbit. Pengguna MAS kini dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan penerbangan MAS melalui telefon bimbit. Aplikasi ini amat mudah kerana telefon bimbit telah menjadi salah satu keperluan bagi setiap individu pada masa ini. Dengan adanya perkhidmatan ini, sesiapa sahaja kini boleh membuat penempahan tiket kapal terbang menggunakan telefon bimbit yang dapat menjimatkan masa serta mudah digunakan di mana jua dan pada bila-bila masa. Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan seseorang memeriksa rekod penempahan tiket, memeriksa jadual penerbangan, memeriksa status penerbangan, mendapatkan tawaran diskaun bagi tiket kapal terbang, mendapatkan maklumat pejabat MAS di dalam dan luar negara, mengesan status bagasi sekiranya didapati hilang dan yang lebih penting dapat mendaftar masuk penerbangan dengan hanya menggunakan telefon bimbit. Dengan hanya menaip http://flymas.mobi dalam aplikasi web pada telefon bimbit, pengguna boleh melakukan segala urusan penerbangan hanya dalam beberapa minit. Sesungguhnya, langkah yang diambil oleh MAS ini memang tepat pada masanya sejajar dengan peningkatan penggunaan telefon bimbit di seluruh dunia di samping membantu memelihara alam sekitar dengan cara mengurangkan penggunaan kertas. Aplikasi telefon bimbit ini memang amat mudah digunakan walaupun bagi mereka yang pertama kali menggunakannya kerana tiada pendaftaran mahupun aplikasi yang perlu dimuat turun.



Layarilah http://flymas.mobi untuk kemudahan perkhidmatan penerbangan yang lebih mudah dan pantas :-)